Saturday, March 10, 2012

Wajah Saya Ketika Kecil ...


Ehm.. yang mana satu adalah saya?

Ya.. inilah wajah saya :).. masa ni 4 tahun
Ramai kata masa ni saya comel mcm budak pempuan
Rambut tu mmg dibela..heheh comeynyer saya

Haa.. masa ni tgh nakal.. suka posing..

 Dengan Along.. mandi air terjun..

 Muka kesejukan.. Grrrr....!!!

 Masa hari raya.. di rumah nenek.. 
Masa ni pun blur2 sebab x berapa kenal arwah nenek

 Masa ni pun tgh comey.. rambut menten..
Makan keropok habis sebesen..

 Masa kecik.. suka gasak abah bila abah balik kerja
Pakai napkin tu sebab air liur selalu meleleh..
Masa ni juga kuat hisap puting getah tu...

 Anak bongsu kan.. berkepit je ngan emak

 Masa ni pun suka menyelit...hehehehe

 Makan dengan kakak masa hari raya

Jadi rebutan nak kena peluk masa kecik
Aku masa ni nak melarikan diri...hehehehe

Seronok tgk pic masa kecik2 ni... hilang stress... :)

Read more...

Tuesday, February 28, 2012

Masih Lagi Mengemas

Salam semuanya. Hari ini saya masih lagi mengemas dan saya ambil anak buah sulung pertama saya di SRK Tg Malim. Lepas tu saya beli kuih muih dan lunch di area situ.

Dalam kereta, aku bawa kakak dan Darling sama. N dia nampak je diary n pensel .. terus lukis pic aku dan mama nyer... hehehe... Not bad.. :))

Read more...

Menjadi No 2 & 3


Hari ini saya akan berkongsi bagaimana rasanya dalam sesuatu perhubungan itu, kita menjadi No 2 atau No 3. Pertamanya memang tak best.. kerana kita akan sentiasa tidak diutamakan. Senang cerita sebenarnya kita ni bodoh..tp kita tak pernah nak mengaku..mungkin kita terlalu cintakan seseorang sehingga kita buta..dan memang benar kata org dulu - dulu.. Cinta itu Buta.. membutakan mata hati dan jiwa.. sehingga kita jadi tidak rasional.. 

Mengapa kita sanggup menjadi No 2 atau No 3 dlm perhubungan..sedangkan kita berhak selayaknya menjadi No 1? ..pastinya kerana kita belum lagi berjumpa dengan seseorang yg paling istimewa dalam hidup kita..masanya pasti akan tiba..

Read more...

Lembaran Baru di Tanjong Malim, Perak


Sepertinya impian itu setinggi langit.. namun kuasa Allah itu mengatasi segalanya. Aku bersama emak dan abah ke Tanjong Malim.. tempat yg aku selalu pergi jika aku stress kerja dulu..Kini aku bekerja juga di sini. Hari Ahad aku mencari rumah sewa dan alhamdulillah kami berjaya mendapatkannya pada hari yg sama juga. Allah SWT benar - benar membantu aku.. kami sekeluarga sangat gembira. Aku bersyukur kerana di sini aku ada kakak dan abg ipar yg sudi membantu aku dalam banyak perkara. Itulah hikmah paling besar aku dapat..

  Angkut barang - barang yg tak berapa banyak

 Di hadapan rumah kakak...
Kesian mak abah pun turun padang sama...

Moga ada sinar baru dalam hidupku..

Read more...

Friday, February 24, 2012

Makan Perpisahan 4: Kak Tengku & En Wahid

Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir aku di sini. Aku berasa sungguh gembira kerana di sini aku dapat naik pangkat dan dalam masa sama dpt peluang sambung belajar. Dalam masa sama juga.. aku belajar erti politik dalam organisasi, mengambil kerja orang lain dan kemudian dapat kredit, melobi dalam merebut jawatan, dengki sesama rakan dan banyak lagi. Semuanya dgr mcm x best kan.. tp sebenarnya bagus sebab Allah SWT turunkan semuanya untuk aku alami dan rasakan sendiri pengalaman itu.. agar menjadi bekalan di hari muka. Sakitnya sekejap sahaja tp pengajarannya berterusan.. Walaupun begitu aku dapat kenal ramai individu2 yg hebat di sini.. yg kerjanya tip top. Dapat juga aku belajar banyak ilmu bermanfaat dan skil yg tidak boleh dijual beli.

Hari ni aku dah selesaikan serahan kunci bilik dan tag nama pd Kak Tengku...cuba contact kawan2 tp ramai x de di meja.. so aku pun jumpa je mana yang sempat.. kalau ikutkan tangguh 2 minggu.. tp minggu depan aku bercuti untuk mencari rumah sewa, uruskan mcm2 hal dll.

 With Kak Tengku dan my mentor En Wahid.

Sepanjang mengharungi saat2 akhir, salah seorang yg sentiasa bersama aku ialah Kak Tengku. Kak Tengku banyak bantu aku.. dan penyimpan rahsia besar. Kak Tengku banyak mengajar aku banyak perkara. Seorang CC yang membantu seseorang pegawai berada dalam track yg betul. Dalam soal kerja memang tip top.. tiada masalah.. Kak Tengku merupakan org yg paling aku percaya di Bahagian aku.. beliau yang melihat dan bersama aku di kala aku susah dan juga senang..di saat begini aku perlukan seorang listener dan bukan problem solver.

Aku rasa bila aku dah bergelar Doktor nanti pun.. aku tak akan dapat CC sebaik dan secekap beliau. Memang bertuah sgt aku dapat mengenali beliau. Tapi aku berpesan pd Kak Tengku... jangan menangis kerana kita pastinya akan berjumpa lagi :). Betul kata En Wan, boss aku dulu.. shes really great!..

 Bersama Wan Hidayah (kanan sekali)... best sgt..
Hope Wan dapat tempat yg diingini.. Amin

Dengan Wan ni.. kami ada pengalaman sama..
Makan pun suka yg sama... dan... oh yaaa
Kami pun tak suka orang yg sama ... Upssss...terlepas!..

 Pose aku sebelum pekena makan2..
Tq Kak Tengku .. bersama saya mharungi susah senang
Tq pd En Wahid.. yg mengajar saya banyak ilmu berguna

Juga pd En Wan ...yg bnyk tegur saya kalau saya buat silap..
You are like my father..

Hidup ini jangan mudah lupa pd yg banyak membantu...
Kena tahu bersyukur dan berterima kasih..
Aku x kisah jika org yg aku bantu tak tahu berterima kasih..
Itu semua kuasa Allah.. Allah yg Maha Besar & Mengetahui

Dunia ini adil.. apa yg kita buat pd orang..
kita dapat balik habuannya .. cepat @ lambat sahaja..

Konsep aku mudah..bukan semua org boleh jd kawan susah
Tapi ramai kawan suka ria yg hanya bertaraf "jalanan" saja.
Hilangnya mereka tidak menjadi kudis buat aku..
Kerana Allah SWT akan gantikan aku dengan yg lain..
Allah SWT tahu apa yg terbaik buat umatNya.


Terima kasih pd Bahagian aku yang mengajar banyak perkara dalam kehidupan ini.. dapat kenal ramai kawan2 yang baik dan "sangat baik".. Semoga kita akan berjumpa lagi beberapa tahun dari sekarang... kuasa Allah siapalah yg tahu.. Semoga yang baik - baik saja sentiasa melingkari kehidupanku, emak dan abah..

Lega sangat akhirnya dapat keluar... Umpama burung yg bebas terbang d langit biru... Sudah sampainya kita buku baru dan menutup cerita lama.. ia umpama sejarah yg tidak wajar diingat kembali...Aku selepas ini akan menumpukan perhatian pd kerjaya pensyarah. Doakan aku ya semua :). Pasti hidup ini akan dipenuhi dengan gelak ketawa para pelajar..

Read more...

Memori Bersama Along

Memori Bersama Along

About This Blog

Blog ini bersifat peribadi dan menjadi agen komunikasi antara kawan - kawan dengan diri saya. Hope ikatan ini tetap akan bersemi selamanya.

Blog Archive

Search This Blog

Loading...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP