Wednesday, January 18, 2012

Hidup Umpama Kelopak Bunga

Salam semua.. nampaknya 2012 dah nak melabuhkan tirai bulan 1... kini semakin hampir ke bulan dua.. maksudnya lagi 7-8 bulan lagi aku akan sambung pengajian. Hidup aku sekarang bercampur baur.. happy..sedih..bersemangat dll. Nak menginjak umur 30 ni.. aku banyak belajar terutamanya erti persahabatan. Aku sangat bersyukur kerana dapat berjumpa ramai jenis manusia dengan pelbagai jenis perangai. Manusia itu sungguh unik..

Bunga ada banyak kelopak.. semasa ia berkembang..kelopak akan berkembang harum bersama dan disokong oleh batangnya ... dan apabila tiba masa untuk kelopak gugur.. satu persatu akan meninggalkan batang yang selama ini menyokong kelopak untuk berkembang ... begitulah perumpamaan dalam kehidupan kita yg serba indah ini... :)

Aku sekarang sibuk mencari referee untuk permohonan ke Universiti sambil cuba untuk menduduki IELTS. Aku juga akan ke Johor untuk urusan tersebut.

Nak masuk bulan 2 ni.. berdebar juga tunggu kenaikan pangkat. Aku berdoa aku akan berjaya dan bertukar angin ke bahagian lain. Untuk mencari pengalaman baru.. walaupun ia hanya transit sementara sebelum aku sambung pengajian.

Isu sensitif? aku x mahu komen di sini.. kerana percayalah..walau macam mana pun dugaan yang Allah turunkan pada aku.. aku x akan menjawab..aku x akan bersuara dan komen apa2 .. doa Emak & Abah sentiasa bersama aku.. aku x gentar atau terusik sedikit pun.. Aku mahu anak muridku yang lepas juga akan kuat mengharungi dugaan hidup..

Kita hidup bukan kerana orang.. tp kita hidup kerana diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Saya tak akan mengalah.. saya ada banyak kejutan selepas ini... Cuma saya berharap masanya tidak akan lama lagi.. Amin...

Memori Bersama Along

Memori Bersama Along

About This Blog

Blog ini bersifat peribadi dan menjadi agen komunikasi antara kawan - kawan dengan diri saya. Hope ikatan ini tetap akan bersemi selamanya.

Blog Archive

Search This Blog

Loading...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP