Thursday, January 26, 2012

Countdown Untuk Ke Batu Pahat, Johor



Salam semua.. pada pembaca blog yg disayangi..termasuk juga silent reader atau "langau" dan mereka2 yang nak cari salah saya di blog ini... juga saya ucapkan terima kasih :). Tq sebab mengambil berat.. Allah saja yg mampu membalasnya.

Pada penulisan kali ini, saya akan membawa keluarga saya untuk pergi ke tempat saya belajar dahulu iaitu di UTHM, Johor untuk tujuan melengkapkan Satu lagi kriteria permohonan saya yang masih tidak lengkap iaitu Pengadil (Referee) di tempat Universiti saya pernah digraduasikan. Jadi x ada pilihan.. saya mesti kena pergi ke Johor juga. Sambil tu boleh saya merasakan keenakan Nasi Beriani Gam di Ayer Hitam dan kerepek2 yang sedap2 untuk di tapaw pulang.. :)

Semalam juga saya telah menelefon IDP untuk urusan kursus IELTS. Walaupun saya tidak perlu mengambil IELTS, namun saya fikir adalah perlu bagi saya untuk mengambil peperiksaan ini agar tidak timbul isu penguasaan Bahasa Inggeris kelak semasa pengajian. Perbelanjaan yang diperlukan agak banyak juga.. hampir mencecah RM1000.00 termasuk exam n juga kelas..

Dalam lebih kurang 15 hari dari sekarang.. saya akan menyambut Hari Ulangtahun Kejadian saya.. dan semestinya saya mahu sambutan kali ini penuh kegembiraan dan kesyukuran. Tahun 2012 pastinya membawa banyak perubahan dalam hidup ini. Dan saya bersedia melalui perubahan tersebut.

Ehm.. ada entry panas? Tak ada. Tak ada apa2 komen atas apa yang berlaku. Tiada respon.. Tiada apa2 keluar dr mulut saya.. kerana saya percaya bahawa hidup ini sepertinya umpama karma.. apa yg kita aniaya orang.. kita akan dapat balasan kembali.. bersedia sajalah.. Saya sentiasa berdoa semoga saya dan keluarga akan sepenuhnya dilindungi Allah SWT. Amin.

Memori Bersama Along

Memori Bersama Along

About This Blog

Blog ini bersifat peribadi dan menjadi agen komunikasi antara kawan - kawan dengan diri saya. Hope ikatan ini tetap akan bersemi selamanya.

Blog Archive

Search This Blog

Loading...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP