Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. :). Selamat Tahun Baru 2012. Pastinya satu soalan lazim yang akan ditanya.. apakah azam baru anda 2012? .. Mcm2 sebenarnya tp lets make it secara tersusun ya...hehehe...
Depan rumah aku ni penuh dah kereta bebudak sekolah
Bestnye mak ayah hantar daftar anak2 dorang
Beli buku & bayar yuran... Nice memories...
Apa ye azam baru aku tahun ni??
Fikir ke luar jendela...
Selami dalam2 apa nak dikejar tahun 2012 ni..
Ok lets start..
Pada tahun 2012 ini aku menggariskan beberapa azam... Azam ni aku bahagikan kepada 2 iaitu AZAM MAJOR dan AZAM MINOR. hehehhe.... justifikasinya adalah mengikut pemberat yang mesti diberi fokus lebih. Rasanya tak salah aku berkongsi yer dengan semua pembaca ...
Azam MAJOR
(a) Memenuhi segala permintaan ibu bapa aku.. termasuk apa2 yang mereka hajati
(b) Melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pada bulan 9 ini.
(c) Mengambil peperiksaan IELTS
(d) Pastikan amal ibadat dipertingkatkan kualitinya.
(e) Dapat naik DH44 bila genap aku 5 thn berkhidmat tahun ni...then tak nak masuk ngajar balik
(f) Menurunkan berat badan di bawah 80kg.
(h) Tak mahu makan ayam, daging, telur dan seafood (one more.. NO Fast Food this year)...
(i) Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
(j) Menambahkan simpanan bulanan lebih daripada jumlah sekarang
(h) Serta azam yang akan ditambah pada setengah tahun pertama nanti (Jun 2012) ..hahahha mcm SKT
Azam MINOR
(a) Membudayakan 5S pada bilik tidur aku
(b) Menerapkan kehijauan di taman rumah aku (mcm taman)
(c) Belajar 1 kemahiran tambahan (cth Bahasa asing atau buat web)
(d) Membentangkan kertas kerja di persidangan luar negara
(e) Banyakkan senyum walaupun stress
(f) Nak ganti pagar, pasang tile di depan rumah aku
(g) Melancong dalam negara untuk tenangkan fikiran sorang2 ..
(h) Serta azam yang akan ditambah pada setengah tahun pertama nanti (Jun 2012) ..kekeke again!
Ehm... ada juga satu dua azam yang sgt peribadi tp tak disenaraikan di sini..sebab personal sgt.. tp kalau bab kahwin tu.. rasanya not this year..lama lagi.. hehe... Sekian entry azam baru tahun ni :)
Selamat Tahun Baru 2012 for all bloggers & viewers.